Sunday 19 January 2014

kisah pengantin baru

Fuyooooooo... ..nie lah first time aku berader didlm bilek dgn seorang wanita..macam jakun darat siot. Ye seorang wanita yg bergelar isteri, isteriku yg sah. Macam beruk dah kehilangan idea, aku duduk melangok kat atas katil memerhatikan isteriku yg dari tadi menyisir rambut di hadapan lemari solek. Mati kutu aku dibuatnyer, org ramai kat luar, sumer nyer sedare mare pihak isteriku, mereka bermalam disini, maklumlah dah penat bertungkus lumus menyenggelarakan majlis persandingan kami siang tadi. 

Penat memanglah penat, tapi di saat saat indah begini penat menat nie sumer tak main ah... tolak tepi dulu. Tapi sekarang yg menjadik tander soal ialah camner aku nak mulerkan... yelah nak approach isteriku?... .Maklumlah bukannyer pernah aku buat kerja camgini. Aku peratikan isteriku sambil terpikiag kat kepaler hotak aper plan atao script yg hendak aku keutarakan... takkan nak duduk je sampai pagi beb. 

"Abg ngantok??" isteriku bersuara..berderao aku dengar suara dia yg lunak merdu (ye lah baru kahwin lunak lah merdu lah... .cuber dah sepuluh dopuloh tahun kahwin... kontrektor piling pun kao cakap lagik sedap) 
Berbekalkan t-shirt Byford yg melekat di badan beserta kain pelikat yg terikat dipinggang diikuti dgn muker millenium yg amat menggoder aku pun menjawab "Tidak sayannnggg... abg blom ngantok lagikkk" 

Isteriku berdiri lalu duduk disebelah ku dgn senyuman yg cukup berpower lagik berkaliber. Aku pun tersengeh macam cipan terkener karen... berdiri... lalu meluru mendapatkan suis lampu... ..tup!... ..lampu dimatikan... ... gulap gulita. 

BEEEPPPPPPPP!!!!! BEEEEEEPPPPPP!!!!! BEEEEPPPPPPPPP! pager aku berbunyik! 
Maner punyer hamlao suah page aku disaat saat genting begini! Ahhh! buat bodo suah... .aku teruskan perjalanan menuju ke tempat isteriku berbaring... ... . 

BEEEEEEEPPPPPPP!!!!!BEEEEEEPPPPPP!!!!!!!! BBBEEEEEEEEPPPPPPP! Dia bunyik lagiiiiiiiiii! 
"Alaaahhhhhhhhh abggggg... saper yg page tuuuuuuu... .pergilah response duluuuu" keluh isteriku. 

Aku mencapai pager aku dan terus keluar dari bilek... .dlm bilek aku takder tipon, jadik aku terpakserlah guner tipon diluar. Biler sajer aku keluar dari bilek... org org diluar sumernyer memerhatikan aku..mereka yg dari tadi riuh tetiber senyap... aku hanyer tersenyum, tander hormat sebagai pendatang baru dlm keluarga mereka, terus mendapatkan tipon yg berader di sudut ruang tamu. Mereka terus memerhatikan aku... .ader yg tersenyum dan ader pulak yg tersengeh. 

Bapa mertua aku baru keluar dari dapo, melihat aku dgn tipon di tangan 

"Astaghfirullaaaahhhhhhhhhh!!!!" dia beristighfar 
"Kenaper pak?" tanyer aku kehairanan 
"Maner pergi kain kao Man?" jawab bapak mertua aku..

SEKIAN...

Pengajaran : Pastikan anda memakai celana dlm biler memakai kain pelikat... dan pastikan yg anda telah pastikan. Terima Kasih kerana membaca... :P

Saturday 18 January 2014

kejutan buat si isteri .



"Okey sayang. kita dh smpai tempatnya." si suami berkata sambil memimpin tangan isterinya yang mata tertutup. Memandangkan hari ini hari jadi isterinya, lalu dia sanggup buat kejutan ini khas untuk isterinya. tempat yang dibawa pula adalah sangat istimewa. kat mana lagi kalau bukan di Grand Putri Hotel.

"kita dah sampai ye bang. bukaklah mata saya ni." balas si isteri.
"sabarlah sayang. abang nak sayang duduk dulu dekat sini."
"okey. eh abang, kita kat mana eh? kerusi dia rasa lembut lah." tanya is isteri.
"adalah.. nanti sayang tahulah."

selang beberapa saat. agak-agak lima saat, si isteri rasa tidak selesa. perutnya memulas kuat. kata hendak membuang angin. rasa sakit semakin tidak dapat ditahan. terus dia berpura-pura meminta air dari suaminya.
"abang, saya nak minum air lah. dahaga."
"okey, sayang tunngu sini. biar abang pergi ambil. but, don't open iatan tu orait."
"okey bang. promise."
"good. love you."

Tanpa menunngu lama, si isteri membuang anginnya. ah..lega rasanya. agak kuat bunyinya. tambah-tambah dengan bau yang menusuk. puh!! busuk sey..si isteri tergelak sendiri. terdengar tapak kaki menghampiri, terus dia menghembus nafas untuk membuang bau yang hadir. al maklumlah,..breakfast tadi banyak makan telur.
Bila dah steady, tak ada bau, control ayu. si isteri menggapai gelas yang diberi. diminumnya sedikit.
"abang, bila boleh buka?"
"nanti sayang."
"okey."

Tak lama lepas tu, si isteri terasa sakit perut lagi. lalu dia meminta suaminya untuk membeli kek untuknya. alang2..apabila dia mendengar langkah kaki si suami sudah tidak kedengaran, lalu sekali lagi dia melepaskan bom. ah..feel good. and much better than before. si isteri tersengih lagi kerana kenakalannya.

10 minit kemudian si suami datang membawa kek.
"okey sayang. now is the time."
si isteri semakin tidak sabar. dia berdebar memnanti saat itu. apabila ikatan kain dimatanya dibuka, terserahlah kecantikan hotel tersebut ditambah dengan suasana sekeliling yang penuh dengan orang. serta merta mukanya menjadi merah padam. cis sey..mati aku!

dia melihat wajah dihadapannya satu persatu. saudara, mak ayah, adik beradik, sepupu, sahabat, bos dan lain berdiri dihadapannya dengan muka menahan bau. aduh!!!! malu siot.

"mak, bila sampai?" soal si isteri menutup malu. cover ayu.
"dah lama. sempat mak dengar bom dekat luar tadi." sindir mak mentuanya. maknya pula sudah terkedek2 berjalan ke hujun hotel. aduh mak! ana rasa malu lah....

Pengajaran,: sebelum nak buat sesuatu, think first. because we dosen't know what will be going after that. remember, think clearly, and brilliantly. :)